Jumaat, 22 Januari 2010

ERTI SEBUAH KESABARAN

Kesabaran itu selalu membahagiakan, walaupun pada mulanya amat pahit hendak ditelan. Bersabar banyak-banyak apabila kamu diuji. Jangan kamu rendahkan darjatmu sebagai anak. Sabar itu pahit tetapi buahnya amat manis, jika kamu tabah menghadapinya. Biarlah kamu tertelan air jika dilambung ombak kehidupanmu tetapi jangan kamu tenggelamkan dirimu dalam ombak marah dan putus asa. Kamu tidak akan lemas jika kamu berenang mengikut arus. Jika kamu menentang arus, kamu akan terus tenggelam. Pesanan untuk anak-anak dan anak didikku.

TERIMA KASIH ATAS ZIARAH KASIH

Ucapan terima kasih tidak terhingga ingin saya sampikan bagi pihak keluarga di Alor Gajah Melaka atas kunjungan ahli JPM ke teratak kami pada hari Isnin yang lalu. Terutama kerana kesudian berkongsi kesedihan atas kepulangan ayahanda yang tercinta kepada penciptanya. Sesungguhya kunjungan dan keperihatinan tersebut telah memberi kekuatan dan sokongan kepada saya untuk meneruskan kehidupan. Terima kasih adik, abang dan kakak JPM sekalian, kasih sayang dan keperihatinanmu amat tinggi nilainya. Terima kasih.